PENGENALAN
KEPADA RANGKAIAN
1.1 Perkembangan Rangkaian
Rangkaian yang pertama ialah
pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh
ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian
komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk
Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan
penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk
rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance
Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah
komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah
rangkaian.
Pada tahun 1972, Roy
Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik (emel) untuk
penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada ketika itu
dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@])
diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan
komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika
Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota
rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama
dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan
yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet.
Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University.
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan
sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun
kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan
membentuk sebuah rangkaian atau Network.
Pada tahun 1979, Tom
Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama
yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom
telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna
dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video
(video link)).
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol
rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada
tahun 1982, sebuah jawatankuasa Transmission
Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk.
Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai
Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan
Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.
Pada tahun 1984, sebuah
sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain Name System (DNS)
telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan semua alamat
rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang bersambung
dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, bilangan
komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan menjadi
10000 buah lebih komputer.
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan
memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau
lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej
(chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak
ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang
paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah
program editor dan pelayar (browser)
yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali
sebagai WWW atau World WideWeb.
Pada tahun 1992, komputer
yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah komputer. Pada
tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994, laman sesawang (website)
dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama
kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi.
Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang pertama,
iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994.
Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan.
1.2 Maksud
Rangkaian
Rangkaian terdiri daripada
dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti
pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara
elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon,
gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared).
Rajah 1.1
1.3 Kegunaan
Rangkaian
1.
Berkongsi fail - rangkaian membolehkan
pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail
muzik dan dokumen.
2.
Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi
peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna
yang lain.
3.
Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer
membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar
ISP untuk beberapa akaun.
4.
Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang
besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam
komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian
dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan perisian.
5.
Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel
atau alat mesej segera (instant messaging
tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk menyimpan mesej
untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan
setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya di dalam
rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).
1.4 Jenis
Rangkaian
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
Rangkaian kawasan setempat
adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang
biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti
rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang.
Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar
atau tanpa wayar.
Rangkaian Kawasan Setempat
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)
MAN lazimnya meliputi suatu
kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh
LAN. Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di
sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk
gabungan suara, data, imej dan video.
Antara ciri–ciri MAN ialah
sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media
penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar.
MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk
sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.
Rangkaian Kawasan
Metropolitan
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
WAN merupakan rangkaian
komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang
berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua. WAN
disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan
terkenal ialah Internet.
Rangkaian Kawasan Luas
Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network – PAN)
PAN merupakan rangkaian
komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat komunikasi di
antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter
yang terdiri daripada peranti wireless
seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain.
PAN boleh dibuat melalui port USB, Port
FireWire, infrared dan Bluetooth
PAN – Rangkaian Kawasan
Peribadi
Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)
VPN ialah rangkaian yang
menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih
selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. Rangkaian ini
menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan oleh
bank dan syarikat berskala besar.
Rangkaian Network Maya /
Virtual Private Network (VPN)
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)
WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk
berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan
dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE
Rangkaian Kawasan Setempat
Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)
WORLDWIDE INTEROPERABILITY
FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)
WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini
dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50
kilometer.
WiMAX mempunyai 2 Bahagian
iaitu;
1.
Sistem
pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit
2.
Penerima
WiMAX yang dipasang dirumah.
1.5 Jenis
Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah
reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi
konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi,
perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data
berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:
●
Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server)
Pengguna – ke – Pelayan
(Client – to – Server)
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk
melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer
pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan
pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain –
lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi
manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan
atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna
dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan
menyimpan fail kepunyaan
individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau
mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus
menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.
Antara ciri–ciri senibina
rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) adalah seperti
berikut:
I.
Keselamatan
sumber dan data dikawal oleh pelayan
II.
Perkongsian
data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
III.
Perbelanjaan
yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.
IV.
Perlu
melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan
pada pelayan.
●
Rakan – ke – rakan (Peer – to –
Peer)
Rakan - ke - Rakan (Peer
– to – Peer)
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana
semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga
pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer
lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa.
Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya
perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap
komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P
hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau
aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat
merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.
Antara ciri-ciri senibina
rangkaian P2P adalah seperti berikut:
I.
Tidak
terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.
II.
Perkongsian
pada perkakasan dan fail boleh dibuat
III.
P2P
tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer
IV.
Semua
komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim,
menerima dan memproses fail.
1.6 Jenis
Topologi
Topologi ialah susunan
geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian
setempat (LAN).
Topologi utama ialah:
• Topologi Bintang (Star Topology)
• Topologi Cecincin (Ring Topology)
• Topologi Bas (Bus Topology)
• Topologi Hybrid (Hybrid Topology)
Topologi Bintang
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari
nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti
yang dikenali sebagai hab.
●
Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
●
Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan
perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan
D.
Topologi Cincin
Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod
disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal
untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap
nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima
setiap paket data.
Rajah 1.8 Topologi Cincin
●
Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan
arah jam)
●
Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C,
D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.
Topologi Bas
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari
satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau
tulang belakang (backbone), yang
menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.
Rajah 1.9 Topologi Bas
●
Kelebihan – apabila talian komputer A
rosak, hanya komputer A terjejas.
●
Kekurangan – apabila tulang belakang
rosak, seluruh rangkaian terjejas.
Topologi Hybrid
Rajah 1.10 Topologi Hybrid
●
Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
●
Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh
pengguna di dalam rangkaian.
●
Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).
1.7 Jenis
Teknologi Komunikasi
Intranet
Intranet adalah rangkaian
komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi.
Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan
komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian
data seluruh kakitangan organisasi.
Perkakasan rangkaian standard
dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar
web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses
internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall)
yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.
Rajah 1.11 Contoh intranet
dalam organisasi
Ekstranet
Ekstranet adalah rangkaian
persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam
untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan
pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu
boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan
kepada pengguna di luar syarikat.
Rajah 1.12 Contoh ekstranet
dalam organisasi
Internet
Internet ialah rangkaian
global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh
orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang
disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan
sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data
melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol
internet.
Rajah 1.13 Contoh rangkaian
Internet