1.5 Jenis Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:
● Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server)
Pengguna – ke – Pelayan (Client – to – Server)
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan
menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.
Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) adalah seperti berikut:
I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan
II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.
IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
● Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer)
Rakan - ke - Rakan (Peer – to – Peer)
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.
Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:
I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.
II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat
III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer
IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail.
1.6 Jenis Topologi
Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN).
Topologi utama ialah:
• Topologi Bintang (Star Topology)
• Topologi Cecincin (Ring Topology)
• Topologi Bas (Bus Topology)
• Topologi Hybrid (Hybrid Topology)
Topologi Bintang
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
● Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
● Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.
Topologi Cincin
Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Rajah 1.8 Topologi Cincin
● Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)
● Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.
Topologi Bas
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.
Rajah 1.9 Topologi Bas
● Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.
● Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.
Topologi Hybrid
Rajah 1.10 Topologi Hybrid
● Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
● Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.
● Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).
No comments:
Post a Comment